Tuesday 16 April 2013

ESP SHAKLEE TERBAIK

Assalamualaikum & salam sejahtera semua....

Entri malam a.k.a entri sebelum tido ni nak bersembang tentang produk ESP SHAKLEE. Memang banyak kebaikannyanya.... Tak perlu diulas panjang lebar, boleh rujuk di bawah ini ya.... :D



Pasti ramai juga yang baru nak bermula dengan ESP SHAKLEE, macam mana cara pengambilannya kan? Ada juga yang bertanya macam mana kalau tekak tak boleh terima susu soya ni? hohohoho... jgn bimbang sayang-sayang semua.... ada banyak cara pengambilannya.... kalau rajin boleh cuba kesemuanya ataupun boleh reka sendiri nak campur apa....

So di bawah ini disertakan cara-cara bancuhan ESP SHAKLEE ini... 
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..selepas beberapa jam, blend/shake it dan campurkan dengan 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production)
  4. ESP + Susu Anmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus Tropicana Twister  ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + mana-mana jus buah-buahan [tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga etc]
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim
  13. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu [semua ni bancuh & blend].. ianya bagus untuk otak + tenaga + healthy diet.. Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya  
Okies semua sayang-sayang ku... Sesiapa yang dah memang pengguna ESP SHAKLEE ni dah boleh cuba pelbagaikan pengambilan ESP SHAKLEE anda ya... Mana-mana yang masih berfikir-fikir untuk mencuba, boleh order selalu... hihihi..... :D

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Pn.Eda 019-6430019 @ di fb amni's wardrobe collections.

Kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli juga amat dialu-alukan....

Peace no war...


Wednesday 10 April 2013

APA BEZANYA SHAKLEE?

Seorang ibu pastinya ingin memberikan yang terbaik dan asli untuk keluarga tersayang dan diri sendiri agar kekal sihat dan ceria untuk menjaga keluarganya. Ramai yang sering bertanya
Apa lebihnya SHAKLEE dari yang lain? SHAKLEE sering menekankan "THE SHAKLEE DIFFERENCE" ~ iaitu sentiasa SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM.
Setiap produk yang dikeluarkan daripada suplemen, isi rumah dan juga kecantikan, semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semula jadi yang mesra alam sesuai dengan tubuh manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji dan mempunyai buku sains yang kukuh yang dibukukan di dalam jurnal-jurnal perubatan.


Wednesday 3 April 2013

PROMOSI BULAN INI ^ SHAKLEE NUTRIFERON ^


GOUT DAN SUPPLIMENT YANG MEMBANTU


Gout salah satu penyakit sengal tulang yang paling kerap dijumpai. Ia suatu serangan yang sangat menyakitkan dan boleh mengakibatkan penderitanya mengalami pembengkakan. Sendi yang terlibat biasanya kaki atau buku lali.

PENYEBAB
Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah terlalu tinggi iaitu melebih 7.5 miligram/DI. Gout didorong oleh dua faktor utama iaitu penghasilan asid uric dalam badan telah melepasi tahap normal dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik iaitu menyingkirkan asid urik yang berlebihan.  Asid urik yang berlebihan akan berkumpul menjadi jarum-jarum Kristal pada bahagian sendi dan akhirnya menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian yang berkaitan. Pesakit akan rasa seolah-olah disiram air sejuk.

SUMBER ASID URIK
Dalam tubuh badan manusia, purin disingkirkan sebagai asid urik. Purin dijumpai tinggi akan nilainya dalam produk makanan berasaskan haiwan, seperti hati dan sardin. Nilai sederhana purin juga terkandung dalam daging lembu, daging babi, daging ayam dan itik, ikan dan makanan laut, selain itu purin juga terkandung dalam tumbuhan makanan seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan, kacang hijau, lentil, kacang kering, kekacang, oatmeal, bran gandum dan bijian gandum.

TANDA-TANDA GOUT
Sendi-sendi tiba-tiba sakit , membengkak, menjadi kaku, seakan-akan rasa panas dan juga sendi menjadi kemerah-merahan serta sakit apabila disentuh. Kadangkala demam berlaku, lama kelamaan bonjolan akan terbentuk di sendi dan cuping telinga.

SERANGAN TIBA-TIBA
Walaupun serangan ini boleh berlaku tiba-tiba tanpa sebab ketara, namun terdapat keadaan bagi merangsangkan serangan ini. Seperti kekurangan air dalam badan, makan terlalu banyak, mengambil terlalu banyak minuman beralkohol, kecederaan pada sendi, selepas menjalani permbedahan, faktor keturunan, mengambil makanan yang kaya dengan purin, obesiti dan pengambilan ubatan tertentu seperti ubat deuritik dan aspirin. Serangan ini biasanya terjadi pada malam dan mejelang subuh.
Menghairankan rasa sakit ini akan berkurangan dan akhirnya hilang dalam masa dua hingga tiga minggu tanpa diubati. Kebengkakan yang menyusuri rasa sakit ini akanmengempis dan kulit akan menggelupas. Namun ini tidak bermakna  bahawa penghidap sudah sembuh sepenuhnya daripada gout. Penyakit ini akan menyerang semula jika tidak diubati dengan sempurnanya.

MENGESAN PENYAKIT GOUT
Ujian darah boleh dilakukan untuk menentukan tahap asid uric dalam darah. Selain itu, pemeriksaan sendi atau pemeriksaan cecair sendi juga boleh dilakukan untuk mengesan sebarang Kristal asid uric dalam badan.

CARA MENGATASI
1.              Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
2.              Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
3.              Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
4.              kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
5.              Bersenam

SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN
1.              SHAKLEE VIVIX ~ Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
2.              SHAKLEE OMEGAGUARD ~ Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
3.              SHAKLEE ALFALFA ~  untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
4.              SHAKLEE PERFORMANCE DRINK ~  memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


GOUT & VITAMIN C
Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 
 Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.
Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.
Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya amniswardrobec@yahoo.com / SMS 0196430019 / add saya di FBamniswardrobecollections untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage kami untuk tips kesihatan / kecantikan.

*Penafian: segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembug apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.

Holllaaaaa......  

Sunday 31 March 2013

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK


Cuaca dan faktor umur banyak mempengaruhi kesihatan kulit kita .Kulit yang cantik bukan sahaja pada penampilan luaran, tetapi kulit merupakan pelindung utama yang melindungi organ-organ dalam tubuh badan kita. Pemakanan yang baik dan sihat sangat penting untuk kulit sihat dan awet muda.

Saya mahu kongsikan vitamin yang menjadi pilihan ramai  untuk mereka yang mahukan kulit sihat berseri, ia juga banyak membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat  dan kulit yang tidak sihat.

  • Vitamin B complex : Kulit lebih licin dan bersinar. Ianya penting dalam menstabilkan hormon kita. Kekurangan B-Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Apabila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil, stress akan buat kulit lebih berkedut dan nampak tua.
  • Vitamin C : Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen yang mengukuhkan sel kulit. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses Metabolisma Kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat. Pesakit kencing manis sangat memerlukan pengambilan vitamin C yang tinggi kerana kurangnya pengambilan Vitamin C akan menjadikan luka di kulit lambat baik dan ini boleh menyebabkan kulit membusuk akibat serangan bakteria dan virus.
  • Vitamin E: Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
  • Protien : Merupakan komponen yang menyumbang kepada ketegangan kulit. Ia sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.
  • Air: Sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil serta boleh menyebabkan kulit kering seterusnya menjadi kulit yang bermasalah. Minumlah air sekurang-kurangnya 3 liter sehari agar kulit sentiasa lembab dan berseri.

Sunday 24 March 2013

CARA JAGA KESIHATAN DI USIA 30-AN

Mencegah lebih baik daripada mengubat. Memang ia adalah kata-kata yang perlu disematkan dalam diri setiap orang. Maksud mencegah itu menggambarkan seseorang yang masih belum menghidap sebarang penyakit dan keadaan tersebut tentulah jauh lebih baik daripada golongan yang sudah menghidap penyakit dan perlu mencari jalan untuk mengubatinya.

Tidak kira waktu pada usia lewat sekalipun, kita masih belum terlambat untuk mengambil tindakan pencegahan. Namun, adalah lebih baik bagi kita memulakan sedari awal iaitu dari usia yang muda. Apa pun, tindakan pencegahan yang boleh dilakukan oleh anda terutama bagi yang sudah mencapai usia 30-an adalah seperti berikut:

Mengambil KALSIUM dan VITAMIN D.
                Mengambil  1,000 miligram KALSIUM dan 350 IU VITAMIN D dikaitkan dengan penurunan risiko KANSER PAYUDARA  PRA MENOPAUS. Data ini didapati dari kajian tentang kesihatan wanita yang melibatkan lebih daripada 30 ribu responden.

Selain itu, untuk membantu tubuh anda menghasilkan VITAMIN D yang diperlukan, cubalah habiskan waktu sekitar 10 minit di bawah sinar matahari beberapa kali seminggu, tanpa perlindungan SPF. Waktu yang sesuai adalah sekitar jam 10 pagi.



Oleh kerana kebanyakan daripada kita bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian, pengambilan SUPLIMEN TAMBAHAN adalah disarankan.



Kurangkan Pengambilan Daging Mentah
                Risiko untuk beberapa kategori kanser payudara akan meningkat bila kita memakan daging lembu dan daging yang diolah. Menurut kajian ini  disebabkan daging mengandungi estrogen sehingga meningkatkan julah estrogen dalam tubuh dan seterusnya ia dipengaruhi risiko kanser. Amerika Institute for Cancer Research juga menyarankan agar mengurangkan pengambilan daging merah disamping menghindarkan semua jenis daging olahan.

Bahan diolah daripada sumber Majalah Mingguan Wanita Disember 2011.  Pengambilan suplimen bagi penghidap lupus eritematosus sistemik, kanser perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.