Wednesday 3 April 2013

GOUT DAN SUPPLIMENT YANG MEMBANTU


Gout salah satu penyakit sengal tulang yang paling kerap dijumpai. Ia suatu serangan yang sangat menyakitkan dan boleh mengakibatkan penderitanya mengalami pembengkakan. Sendi yang terlibat biasanya kaki atau buku lali.

PENYEBAB
Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah terlalu tinggi iaitu melebih 7.5 miligram/DI. Gout didorong oleh dua faktor utama iaitu penghasilan asid uric dalam badan telah melepasi tahap normal dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik iaitu menyingkirkan asid urik yang berlebihan.  Asid urik yang berlebihan akan berkumpul menjadi jarum-jarum Kristal pada bahagian sendi dan akhirnya menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian yang berkaitan. Pesakit akan rasa seolah-olah disiram air sejuk.

SUMBER ASID URIK
Dalam tubuh badan manusia, purin disingkirkan sebagai asid urik. Purin dijumpai tinggi akan nilainya dalam produk makanan berasaskan haiwan, seperti hati dan sardin. Nilai sederhana purin juga terkandung dalam daging lembu, daging babi, daging ayam dan itik, ikan dan makanan laut, selain itu purin juga terkandung dalam tumbuhan makanan seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan, kacang hijau, lentil, kacang kering, kekacang, oatmeal, bran gandum dan bijian gandum.

TANDA-TANDA GOUT
Sendi-sendi tiba-tiba sakit , membengkak, menjadi kaku, seakan-akan rasa panas dan juga sendi menjadi kemerah-merahan serta sakit apabila disentuh. Kadangkala demam berlaku, lama kelamaan bonjolan akan terbentuk di sendi dan cuping telinga.

SERANGAN TIBA-TIBA
Walaupun serangan ini boleh berlaku tiba-tiba tanpa sebab ketara, namun terdapat keadaan bagi merangsangkan serangan ini. Seperti kekurangan air dalam badan, makan terlalu banyak, mengambil terlalu banyak minuman beralkohol, kecederaan pada sendi, selepas menjalani permbedahan, faktor keturunan, mengambil makanan yang kaya dengan purin, obesiti dan pengambilan ubatan tertentu seperti ubat deuritik dan aspirin. Serangan ini biasanya terjadi pada malam dan mejelang subuh.
Menghairankan rasa sakit ini akan berkurangan dan akhirnya hilang dalam masa dua hingga tiga minggu tanpa diubati. Kebengkakan yang menyusuri rasa sakit ini akanmengempis dan kulit akan menggelupas. Namun ini tidak bermakna  bahawa penghidap sudah sembuh sepenuhnya daripada gout. Penyakit ini akan menyerang semula jika tidak diubati dengan sempurnanya.

MENGESAN PENYAKIT GOUT
Ujian darah boleh dilakukan untuk menentukan tahap asid uric dalam darah. Selain itu, pemeriksaan sendi atau pemeriksaan cecair sendi juga boleh dilakukan untuk mengesan sebarang Kristal asid uric dalam badan.

CARA MENGATASI
1.              Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
2.              Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
3.              Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
4.              kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
5.              Bersenam

SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN
1.              SHAKLEE VIVIX ~ Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
2.              SHAKLEE OMEGAGUARD ~ Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
3.              SHAKLEE ALFALFA ~  untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
4.              SHAKLEE PERFORMANCE DRINK ~  memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


GOUT & VITAMIN C
Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 
 Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.
Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.
Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya amniswardrobec@yahoo.com / SMS 0196430019 / add saya di FBamniswardrobecollections untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage kami untuk tips kesihatan / kecantikan.

*Penafian: segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembug apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.

Holllaaaaa......  

No comments:

Post a Comment