Sunday 24 March 2013

CARA JAGA KESIHATAN DI USIA 30-AN

Mencegah lebih baik daripada mengubat. Memang ia adalah kata-kata yang perlu disematkan dalam diri setiap orang. Maksud mencegah itu menggambarkan seseorang yang masih belum menghidap sebarang penyakit dan keadaan tersebut tentulah jauh lebih baik daripada golongan yang sudah menghidap penyakit dan perlu mencari jalan untuk mengubatinya.

Tidak kira waktu pada usia lewat sekalipun, kita masih belum terlambat untuk mengambil tindakan pencegahan. Namun, adalah lebih baik bagi kita memulakan sedari awal iaitu dari usia yang muda. Apa pun, tindakan pencegahan yang boleh dilakukan oleh anda terutama bagi yang sudah mencapai usia 30-an adalah seperti berikut:

Mengambil KALSIUM dan VITAMIN D.
                Mengambil  1,000 miligram KALSIUM dan 350 IU VITAMIN D dikaitkan dengan penurunan risiko KANSER PAYUDARA  PRA MENOPAUS. Data ini didapati dari kajian tentang kesihatan wanita yang melibatkan lebih daripada 30 ribu responden.

Selain itu, untuk membantu tubuh anda menghasilkan VITAMIN D yang diperlukan, cubalah habiskan waktu sekitar 10 minit di bawah sinar matahari beberapa kali seminggu, tanpa perlindungan SPF. Waktu yang sesuai adalah sekitar jam 10 pagi.



Oleh kerana kebanyakan daripada kita bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian, pengambilan SUPLIMEN TAMBAHAN adalah disarankan.



Kurangkan Pengambilan Daging Mentah
                Risiko untuk beberapa kategori kanser payudara akan meningkat bila kita memakan daging lembu dan daging yang diolah. Menurut kajian ini  disebabkan daging mengandungi estrogen sehingga meningkatkan julah estrogen dalam tubuh dan seterusnya ia dipengaruhi risiko kanser. Amerika Institute for Cancer Research juga menyarankan agar mengurangkan pengambilan daging merah disamping menghindarkan semua jenis daging olahan.

Bahan diolah daripada sumber Majalah Mingguan Wanita Disember 2011.  Pengambilan suplimen bagi penghidap lupus eritematosus sistemik, kanser perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

No comments:

Post a Comment