Gout salah satu penyakit sengal tulang yang paling kerap dijumpai. Ia
suatu serangan yang sangat menyakitkan dan boleh mengakibatkan penderitanya
mengalami pembengkakan. Sendi yang terlibat biasanya kaki atau buku lali.
PENYEBAB
Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah terlalu tinggi iaitu
melebih 7.5 miligram/DI. Gout didorong oleh dua faktor utama iaitu penghasilan
asid uric dalam badan telah melepasi tahap normal dan buah pinggang gagal
berfungsi dengan baik iaitu menyingkirkan asid urik yang berlebihan. Asid urik yang berlebihan akan berkumpul
menjadi jarum-jarum Kristal pada bahagian sendi dan akhirnya menyebabkan
kesakitan yang amat sangat di bahagian yang berkaitan. Pesakit akan rasa
seolah-olah disiram air sejuk.
SUMBER ASID URIK
Dalam tubuh badan manusia, purin disingkirkan
sebagai asid urik. Purin dijumpai tinggi akan nilainya dalam produk makanan
berasaskan haiwan, seperti hati dan sardin. Nilai
sederhana purin juga terkandung dalam daging lembu, daging babi, daging ayam
dan itik, ikan dan makanan laut, selain itu purin juga terkandung dalam
tumbuhan makanan seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan, kacang hijau,
lentil, kacang kering, kekacang, oatmeal, bran gandum dan bijian gandum.
TANDA-TANDA GOUT
Sendi-sendi tiba-tiba sakit , membengkak, menjadi kaku, seakan-akan rasa
panas dan juga sendi menjadi kemerah-merahan serta sakit apabila disentuh.
Kadangkala demam berlaku, lama kelamaan bonjolan akan terbentuk di sendi dan
cuping telinga.
SERANGAN TIBA-TIBA
Walaupun serangan ini boleh berlaku tiba-tiba tanpa sebab ketara, namun
terdapat keadaan bagi merangsangkan serangan ini. Seperti kekurangan air dalam badan,
makan terlalu banyak, mengambil terlalu banyak minuman beralkohol, kecederaan
pada sendi, selepas menjalani permbedahan, faktor keturunan, mengambil makanan
yang kaya dengan purin, obesiti dan pengambilan ubatan tertentu seperti ubat
deuritik dan aspirin. Serangan ini biasanya terjadi pada malam dan mejelang
subuh.
Menghairankan rasa sakit ini akan berkurangan dan akhirnya hilang dalam
masa dua hingga tiga minggu tanpa diubati. Kebengkakan yang menyusuri rasa
sakit ini akanmengempis dan kulit akan menggelupas. Namun ini tidak
bermakna bahawa penghidap sudah sembuh
sepenuhnya daripada gout. Penyakit ini akan menyerang semula jika tidak diubati
dengan sempurnanya.
MENGESAN PENYAKIT GOUT
Ujian darah boleh dilakukan untuk menentukan tahap asid uric dalam darah.
Selain itu, pemeriksaan sendi atau pemeriksaan cecair sendi juga boleh
dilakukan untuk mengesan sebarang Kristal asid uric dalam badan.
CARA MENGATASI
1.
Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein
yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin,
herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis,
cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
2.
Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
3.
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu
proses penyingkiran urate.
4.
kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan
menyingkirkan asid urik.
5.
Bersenam
SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN
1.
SHAKLEE VIVIX ~ Mengimpak 4
mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif
kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel,
melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
2.
SHAKLEE OMEGAGUARD ~ Asid
Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak
3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan
keradangan pada sendi pesakit.
3.
SHAKLEE ALFALFA ~ untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari
badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
4.
SHAKLEE PERFORMANCE
DRINK ~ memastikan tubuh pesakit
sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
GOUT & VITAMIN C
Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian
menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut.
Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa
ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan
menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang
boleh meningkatkan risiko batu karang.
Vitamin C juga adalah asid
askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing
menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.
Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi.
Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil
melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya amniswardrobec@yahoo.com / SMS 0196430019 / add saya di FBamniswardrobecollections untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage kami untuk tips kesihatan / kecantikan.
*Penafian: segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembug apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.
Holllaaaaa......
No comments:
Post a Comment