Mencegah lebih baik daripada mengubat. Memang ia
adalah kata-kata yang perlu disematkan dalam diri setiap orang. Maksud mencegah
itu menggambarkan seseorang yang masih belum menghidap sebarang penyakit dan
keadaan tersebut tentulah jauh lebih baik daripada golongan yang sudah
menghidap penyakit dan perlu mencari jalan untuk mengubatinya.
Tidak kira waktu pada usia lewat sekalipun, kita masih
belum terlambat untuk mengambil tindakan pencegahan. Namun, adalah lebih baik
bagi kita memulakan sedari awal iaitu dari usia yang muda. Apa pun, tindakan
pencegahan yang boleh dilakukan oleh anda terutama bagi yang sudah mencapai
usia 30-an adalah seperti berikut:
Mengambil KALSIUM dan VITAMIN D.
Mengambil 1,000 miligram KALSIUM dan 350 IU VITAMIN D
dikaitkan dengan penurunan risiko KANSER PAYUDARA PRA MENOPAUS. Data ini didapati dari kajian
tentang kesihatan wanita yang melibatkan lebih daripada 30 ribu responden.
Selain itu, untuk membantu tubuh anda menghasilkan VITAMIN D yang diperlukan, cubalah
habiskan waktu sekitar 10 minit di bawah sinar matahari beberapa kali seminggu,
tanpa perlindungan SPF. Waktu yang sesuai adalah sekitar jam 10 pagi.
Oleh kerana
kebanyakan daripada kita bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk berbuat
demikian, pengambilan SUPLIMEN TAMBAHAN
adalah disarankan.
Kurangkan Pengambilan Daging Mentah
Risiko untuk
beberapa kategori kanser payudara akan meningkat bila kita memakan daging lembu
dan daging yang diolah. Menurut kajian ini
disebabkan daging mengandungi estrogen sehingga meningkatkan julah
estrogen dalam tubuh dan seterusnya ia dipengaruhi risiko kanser. Amerika
Institute for Cancer Research juga menyarankan agar mengurangkan pengambilan
daging merah disamping menghindarkan semua jenis daging olahan.
Bahan diolah daripada sumber Majalah Mingguan Wanita Disember 2011. Pengambilan suplimen bagi penghidap lupus eritematosus sistemik, kanser perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
No comments:
Post a Comment